BAB 16 Adam mendekati katil yang menempatkan isterinya. Sungguh dia rasa simpati akan wanita kesayangannya itu. Yana seorang isteri penyabar walaupun peranganinya agak gila-gila. Kerana kekurangan Yana yang membuka pintu hatinya untuk menerima wanita itu. “Encik suami Puan Yana, ke?” tanya jururawat yang sedang memeriksa Yana. “Ya,” “ Ini anak Encik,” ujarnya lalu mengajukan bayi yang dibaluti kain putih tebal itu. Runtuh naluri kebapaan Adam. Dia teruja menerima bayi itu. Aai hampir menitiskan air mata melihat kejadian manis itu. Akhirnya, impian Yana mahu memiliki bayi yang comel tercapai. Lekas dia menggenggam tangan Yana yang masih lena itu. “Yana, Adam dah datang,” bisiknya. Adam pula ketika itu mengalunkan azan di telinga bayinya. Yana mulai terjaga apabila berjaya menangkap suara Adam. Dia mahu beritahu suaminya akan berita gembira itu. “Adam.” panggilnya. Lemah. Aai pantas sahaja membantu Yana bersandar ke kepala katil. Adam memandang Yana den...