Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

SELAMAKU BERNAFAS BAB 13-15

BAB 13 “Kau serius ke ni? Kalau berhenti kerja kau nak kerja apa?” luah Yana dalam senafas. Kemudian dia menyedut lemon tea ice yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu restoran sebelum menatap Aai lama. Aai endah tidak endah sahaja. “Merajuklah macam ni,” getus Yana. Geram pula hatinya apabila Aai berterusan mendiamkan diri. “Macam manalah suami kau boleh tahan dengan perangai kau ni, Yana?” “Nasiblah. Siapa suruh dia pilih aku jadi isterinya. Kau pula jangan ubah topik. Jangan harap aku bagi balik kampung semula selagi aku tak puas hati,” Aai tersenyum lebat. Tubuhnya ikut disandarkan lalu dia menghala nafas dalam-dalam. “Thanks ambil berat pasal aku. Tapi aku asa ni keputusan terbaik. Kau pun tahu Mak Long aku dah tua. Tak sampai hati aku tengok dia macam tu,” “Okay. Aku terima alasan kau. Tapi masa depan kau macam mana? Bertahun-tahun kau berhempas-pulas belajar nak dapatkan segulung ijazah. Bila dah dapat, kau tak gunakan pula,” Terdengar keluhan pa...