Langkau ke kandungan utama

SELAMAKU BERNAFAS BAB 16-19

BAB 16

Adam mendekati katil yang menempatkan isterinya. Sungguh dia rasa simpati akan wanita kesayangannya itu. Yana seorang isteri penyabar walaupun peranganinya agak gila-gila. Kerana kekurangan Yana yang membuka pintu hatinya untuk menerima wanita itu.

“Encik suami Puan Yana, ke?” tanya jururawat yang sedang memeriksa Yana.

“Ya,”

“ Ini anak Encik,” ujarnya lalu mengajukan bayi yang dibaluti kain putih tebal itu. Runtuh naluri kebapaan Adam. Dia teruja menerima bayi itu.

Aai hampir menitiskan air mata melihat kejadian manis itu. Akhirnya, impian Yana mahu memiliki bayi yang comel tercapai. Lekas dia menggenggam tangan Yana yang masih lena itu.

“Yana, Adam dah datang,” bisiknya.
Adam pula ketika itu mengalunkan azan di telinga bayinya. Yana mulai terjaga apabila berjaya menangkap suara Adam. Dia mahu beritahu suaminya akan berita gembira itu.

“Adam.” panggilnya. Lemah.

Aai pantas sahaja membantu Yana bersandar ke kepala katil. Adam memandang Yana dengan penuh sayu. Teruja. Perasaannya bercampur-baur ketika itu.

“Sorry, Yana. Saya sibuk sangat dengan kerja dekat Petronas tu. Saya tak ingat langsung minggu ni due awak,’

Yana diam. Dia tidak tahu ingin membalas apa untuk mententeramkan hati lelaki milik Adam itu.

“Dah mula merajuk ibu misali ni,” usik Aai.

“Mana ada? Aku tengah touching ni,”

Amboi, masih bertenaga untuk membalas usikan Aai. Yana, Yana!

“Adam, jaga Yana ya. Saya ada hal ni,”

Adam menghalang langkah Aai yang baru sahaja ingin menapak keluar dari bilik itu. Dia begitu berterima kasih kepada gadis kecil itu walaupun mereka baru sahaja bersua muka.

“Thanks,”

“It’s okay.”

Adam sudah dapat meneka identiti gadis dihadapannya. “Saya rasa awak Aai,kan?” teka Adam.

Adam cuba menambahkan keyakinan hatinya dengan melihat riak wajah Yana. Yana begitu leka megusik pipi gebu bayi mereka. Yana sekadar mengangguk sekaligus mebuat hati Adam sedikit lega. Maknanya, dia tidak salah orang.

“At least,masing-masing dah kenal. Tak perlulah saya cari sampai KLCC,” perli Aai.

Adam tersengih. Tangannya segera mengeluarkan sekeping kad bisnes dari dompetnya lalu dihulurkan kepada gadis comel itu.

“So, boleh contact saya nanti,”

“Tengoklah nanti,”

“Awak wajib telefon kalau melibatkan isteri tercinta saya ni,” usik Adam. Tangannya merangkul bahu Yana.

Tidak semena-mena-mena satu cubitan singgah di bahu Adam. Adam hampir sahaja menjerit dek gurauan kasar Yana.

“Malulah Yana kalau Adam buat macam tu,”

“Ni, Aai belum berpunya lagi. Awak jangan tunjukkan sangat,” tambah Yana.

Merona merah muka Aai waktu itu. Kalau diupah jurumekap, tidak boleh menandingi merah asli pada raut putih gebu itu. Dia juga wanita yang sensitif soal cinta, kahwin dan seangkatannya. Tolonglah faham!

“Excuse me,” sapa satu suara.

Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah wanita yang berpakaian seragam doktor itu. Dengan penampilan begitu menampakkan bahawa dia benar-benar profesional dalam ilmu perubatan.

“Minta maaf, saya terlambat. Cik dah jumpa suami Puan Yana?”

“Tu,”

Doktor Maria mengangguk. “Encik boleh ikut saya ke bilik saya sekejap,”

Adam mengucup dahi Yana sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua. Dia mahu segalanya berjalan lancar. Itu sahaja!

“Eh, Yana. Aku kena gerak ni,”

“Okay,” jawab Yana.

Di luar bilik yang menempatkan Yana, Aai terserempak dengan Doktor Adibah yang sedang bersiap-siap untuk pulang.

“Thanks, Doc.”

“You’re welcome.”

“Saya minta maaf sangat kalau tadi nampak macam mendesak,”

“It’s okay. Lagipun, tu memang tugas saya,”

“Thanks again. Saya minta diri dulu.” ujar Aai. Sebuah senyuman indah terukir di bibirnya. Dah macam iklan kecantikan pula.


Aai menuju dengan penuh rasa berdebar-debar ke arah Tengku Nazmi. Sungguh, watak Tengku Nazmi yang sentiasa tenang kadang kala mampu menjerat hatinya untuk mendampingi lelaki itu. Walau bagaimanapun, tekad dihati mesti diutamakan.

“Saya tengah bermimpi ke ni?” perli Tengku Nazmi. Dia agak terkejut dengan kedatangan Aai pagi itu.

“Mimpi ngeri!”

“Awak ni selalu buat saya tergelaklah,” ujar Tengku Nazmi. Menyeringai.

Aai sekadar menggeleng sahaja. Dia malas untuk buka mulut lebih-lebih. Risau hatinya berbolak-balik dengan keputusannya.

“Be serious, please.”

Tengku Nazmi kali ini memandang Aai sambil memeluk tubuh. Dia cuba berlagak serius di hadapan wanita pujaannya itu. Sukar juga untuk bertentang mata dengan Aai kerana gadis itu masih tidak mahu memberi kata putus.

Aai menghulurkan sekeping surat kepada Tengku Nazmi. Dia sudah nekad tidak mahu jejaka idaman seluruh Royal Legacy itu masih mengharapkannya. Cukuplah dia dimaki dan dicaci.

“Surat perletakan jawatan?” tanya Tengku Nazmi meminta kepastian. Raut wajahnya mulai tegang.

“Saya dah buat keputusan muktamad,”

“Saya tak terima. You cannot easily make any decision like this,”

“ I have my own life, Encik Tengku. You still can handle this company, right?” ujar Aai. Dia sedaya upaya mempertahankan keputusannya.

Baru sahaja Aai ingin menapak, lekas tangannya ditarik kuat oleh Tengku Nazmi. Sekarang ini, matanya terpaksa memandang wajah Tengku Nazmi yang mula tidak puas hati itu. Jelas sekali terpancar rasa kekesalan pada mata jernih milik lelaki itu.

“Saya ada buat salah apa? Atau awak tak suka kerja dekat bahagian awak sekarang ni? Awak cuma perlu cakap pada saya.”

“Saya cuma nak jadi Tasha yang happy,”

Tengku Nazmi menarik tangan Aai dan mendekatkannya ke dada. Dia penuh berharap agar gadis itu memahami isi hatinya yang tidak sanggup kehilangannya.

“ I can make you happy, Tasha.”

“We are just friends,”

“Kenapa awak susah sangat nak buka hati awak untuk saya?” ujar Tengku Nazmi.

Berharap kali ini berjaya melembutkan hati gadis yang semakin berdegil dan membuat dirinya tidak keruan.

“Enough. Just forget it,”

Aai menarik tangannya menjauhi Tengku Nazmi. Malu juga apabila beberapa pekerja yang lalu lalang di hadapan pejabat Tengku Nazmi memandang tajam kepada mereka berdua. Mujur juga si Aida dan Izzati tiada.

“Sama ada awak terima atau tidak, saya memang akan letak jawatan 24 jam,” tegas Aai.

Tengku Nazmi hanya mampu menyorot pandangannya melihat langkah kaki Aai meninggalkan Royal Legacy. Hatinya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mesti melepaskan pekerja terbaik seperti Aai.

Alahai Encik Tengku.. bukan ke hati tidak mahu kehilangan yang tercinta?

BAB 17

Hari ini merupakan hari bahagia buat dua orang gadis itu. Seorang lulusan Amerika Syarikat dan seorang lagi lulusan universiti tempatan. Butik pakaian yang mereka impikan sekarang sudah dirasmikan. Angel’s Boutique!

“Tahniah, Sara.”

“Tahniah juga, Aai.” selaku kawan dan merangkap rakan kongsi perniagaan itu, dia sentiasa menyokong Aai.

Aai pantas sahaja menghadiahkan sebuah pelukan erat kepada Sara. Dia terlalu bangga. Gembira! Hilang kata-kata.

“Jom masuk. Mulakan tugas pertama kita, ni.” ujar Sara.

Belum sempat Aai memberi isyarat apa-apa, Sara sudah beria-ria hendak masuk. Dan akhirnya, kedengaran sesuatu yanglebih tepat dipanggil nangka jatuh. Sara sudah berada di atas lantai.

“Hot gimmick pagi-pagi ke?” perli Aai. Dia sudah tidak dapat menahan gelak melihat wajah cemberut Sara.

“Bukan. Aku model antarabangsa, kan? Bebas melakukan aksi di mana-mana,”

“Agaknya, orang dah tak mampu bayar kau. Sebab tu suruh kau jadi model jubin tu,”

Sara bangkit dengan mulutnya tidak habis-habis membebel. Geram sungguh dengan Aai yang rela membiarkan dirinya malu pada hari pertama mereka.

“Lain kali tengok dulu dah buka ke belum? Ni, main langgar saja,” Pesan Aai sambil tangannya lincah menolak pintu kaca.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Sara terus melangkah masuk. Sedaya upaya menahan malu. Aai persis tiada perasaan. Wajahnya sudah bertukar merah, air mata sudah bergenang.

“Dahlah tu. Pergi kemas sana,” arah Sara. Dia pula sengaja menyibukkan diri meyusun fail di atas meja.

“Sorry,”

“Naik flight pergi Turki,” marah Sara.

“Kau buat lawak ke ni? Sumpah, ni betul-betul lawak.” usik Aai.

Namun, melihatkan Sara sudah berhenti melakukan kerjanya, Aai cepat-cepat berlari ke belakang. Risau juga dirinya menjadi sasaran Sara. Betul-betul marah nampak!

“Pagi-pagi dah buat orang geram,” omel Sara.


Almera milik Aai melalui hadapan rumah Mak Imah. Dia memang berniat mahu singgah sebentar di rumah Mak Imah untuk menghantar makanan kiriman Mak Long. Bukan dia tidak mahu berlama, tetapi sebentar nanti dia perlu bertolak ke Kuala Lumpur untuk menemui si ibu muda dan bayi comelnya. Rindu yang teramat sangat.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam. Aai rupanya. Masuklah, panas dekat luar tu,” pelawa Mak Imah. Dia menyambut pemberian Aai dengan senang hati.

Mereka menuju ke ruang tamu. Meskipun ruang itu agak kecil, susun aturnya begitu kemas. Televisyen di tengah. Kerusi-kerusi kayu disusun berbentuk kotak. Langsir dan alas meja yang sedondon dengan warna ruang itu. Menampakkan ruang tamu itu selesa untuk menyambut tetamu. Mak Imah memang jaguh kemas-mengemas ini.

“Duduk dulu, Aai. Mak Imah pergi buatkan air,”

Aai melabuhkan punggungnya ke atas kusyen empuk. Dia tersenyum puas dengan hiasan ruang itu. Tiba-tiba matanya terhenti pada beberapa bingkai gambar di sudut ruang itu. Dia bingkas bangkit menghampirinya.

Tangannya membelek-belek wajah di dalam gambar itu. Jantungnya mendadak berdegup kencang daripada biasa apabila melihat wajah Fahmi. Dia masih ingat akan gambar itu.

Lamunan Aai tersentak apabila Mak Imah memanggil namanya. Dia segera meletakkan kembali bingkai gambar itu ke atas meja.

“Terkenang zaman menengah,ke?” tanya Mak Imah sambil meletakkan dulang berisi jag air di atas meja.

“Rindu dekat budak-budak ni,”
Mak Imah menyuakan segelas air kepada Aai.

“Mak Imah ni pelik juga sebenarnya,”

“Apa yang pelik?”

“Fahmi dari dulu lagi jadi kegilaan budak perempuan tapi sampai sekarang tak ada seorang pun yang dibawanya untuk kenalkan pada Mak Imah,” luah Mak Imah.

Aai sudah sesak nafas. Mak Imah sudah mula dengan perangai untuk mempromosi anak bujangnya. Tolonglah, dia tidak mampu menangani seorang panel tetap ni.

“Macam Aai cakap dulu. Nanti Fahmi mesti bawa yang terbaik untuk Mak Imah,” pujuk Aai.

Mak Imah menyeringai. Dia senang betul dengan Aai yang senang diajak berbual itu. “Tak perlu tunggu. Mak Imah dah jumpa pun calonnya,”

Berdegup maha hebat jantung Aai kali ini. “Takkan aku?” monolognya. Dia sudah cuak jika dirinya yang menjadi pilihan Mak Imah. Mana ada hati boleh tenang saat ini?

“Siapa Mak Imah?” tanya Aai. Sudah tidak mampu menahan pertanyaan di dada.

“Adalah.” Mak Imah sengaja berteka-teki pula.

Fikiran Aai mula terpanggil untuk mengingati wajah perempuan seksi yang bertembung dengannya semasa berada di Times Square Mall tempoh hari. “Musnah impian Mak Imah kalau perempuan tu yang jadi menantunya,” bisik hatinya.

“Mak Imah, Aai tak boleh lama-lama ni. Nak jumpa Yana,” ujarnya.

“Kalau nak pergi pun, minum dulu airnya,” ujar Mak Imah.

Aai menghirup air teh yang dihidangkan oleh Mak Imah. Sedap sungguh rasanya! Ibarat berada di tengah ladang teh.


Fahmi masih berbual-bual lagi dengan ibunya . meskipun kadang-kadang bosan juga diaju soalan yang sama, tetapi dia masih gembira kerana dapat mendengar suara ibunya.

“Ibu, Fahmi dengan Syafiq nak balik kampung hujung minggu ni,”

“Berapa lama?”

“Dalam seminggu sahaja sebelum kami ke Kerteh. Nak uruskan kerja dekat sana,” terang Fahmi.

“Baguslah. Kamu boleh tenangkan fikiran dekat sini,”

Fahmi tersenyum. Mak Imah memang sangat memahaminya. Sejujurnya, dia sudah penat dengan kerjaya dan melayan kisah cinta Farisya. Paling penting, dia masih tidak dapat mengecam siapa Aai yang sebenar. Semua masalah itu membuatnya terpenjara dengan pelbagai kekusutan.

Mak Imah cuba menyogok Fahmi untuk membara calon isteri pulang ke kampung. Jika tidak memang sudah muktamadlah pilihannya! Anak lelakinya itu akan disatukan dengan gadis berkelulusan UIA itu. Nurul Afiqah…

“Kamu dah ada calon isteri ke?” Akhirnya keluar juga kata-kata itu dari mulut Mak Imah.

Fahmi sudah berubah riak muka. Bagaimana hendak beritahu ibunya yan dia masih tidak mempunyai teman wanita? Khusus untul calon isteri!
“Ibu topik lainlah.  Fahmi baru sahaja ada mood nak bual dengan ibu,”

“Ya,lah.”

Mak Imah cuba mencari topik yang dapat menarik mood anak lelakinya. Ya, dia sudah dapat! Pasti Fahmi tertarik untuk mendengarnya.

“Kamu tahu si Aai dah buka butik dengan Sara dekat kampung ni?” Mak Jah cuba memancing.

Fahmi hampir mengukir senyuman mendengarkan nama si Itik Buruk itu. Sudah lama dia ingin mengetahui cerita gadis itu. Meskipun dia ada mengetahuinya serba sedikit daripada Yana, tetapi keinginan untuk mengetahuinya mengatasi segalanya.

“Bukan dia kerja dekat KL?”

“Itu dulu. Sekarang dia buka butik. Memang suka dengan hasil kerja dia. Baru sebulan buka, ramai pelanggan beri kepercayaan pada dia,” puji Mak Imah menggunung.

“Ni, ibu suka betul dengan dia. Time dia bawa kereta Almera, macam artis ibu tengok. Lawa!” tambahnya lagi.

Almera? Dia macam terbiasa dengan kereta Almera itu. Namun, hatinya sudah cukup menafikannya. Ramai rasanya yang menggunakan kereta jenama itu.

“Fahmi nak minta number phone dia, boleh?”

“Nanti ibu send. Tapi ingat jangan kacau anak dara orang,” pesan Mak Imah.

“Ya,”

Fahmi melihat ke arah Syafiq yang sedang menunggunya. Tahu lelaki itu sangat kegelisahan menanti waktu makan malam.

“Ibu, Fahmi kena pergi dulu. Nanti send, ya?”

Dia terus mematikan perbualan dengan ibu tercinta. Kasihan Syafiq menungu sejak tadi. Biasalah bujang, makan kedailah jawabnya.

BAB 18

“Ibu stop it,” arah Tengku Nazmi kepada Tengku Nasha. Dia sudah bosan mendengar cerita buruk mengenai Aai.

Dari pagi hingga malam, asyik menggembar-gembur baja kebencian pada dirinya. Aai yang pastinya bukan insan perampas kebahagiaan orang lain. Dia tidak rampas Tengku Nazmi daripada Farisya. Tetapi kenyataan ibu yang tidak logik!

“Kenapa? Betulkan ibu cakap yang perempuan sundal tu memang kaki rampas boyfriend orang,”

“Dia bukan macam tu,” tegas Tengku Nazmi.

“Jadi dia tu pengikis harta lelaki kaya macam Nazmi?”

“Ibu, dalam kepala ibu tak ada benda yang positif pasal dia, ke?” tanya Tengku Nazmi. Geram juga apabila nama gadis itu dijelekkan sedemikan rupa.

Tengku Nasha menghampiri anak lelakinya dengan tangan masih bercekak di pinggang. “Nazmi yang bela sangat perempuan terkutuk tu kenapa? Dia bukan beri harapan pun pada kamu. Lepas dia dapat rasa senang, cepat-cepat angkat kaki dari company. Itu yang Nazmi suruh ibu positif? No way!”

Tengku Nazmi malas hendak bertekak dengan Tengku Nasha yang sentiasa mahu menang. Jika dilayan, makin menjadi-jadi. Fikirannya yang sibuk dengan Royal Legacy terpaksa ditambah dengan masalah Farisya. Timbul pula rasa kasihan pada Farisya, tetapi hati sudah beralih arah pada Aai.

“Nazmi malas nak sakitkan hati ibu. So, Nazmi minta diri dulu.” ujarnya. Tangannya pantas mencapai kunci yang diletakkan di atas meja. Dia mahu beredar, mengambil angin untuk menyejukkan hati yang menunggu masa terbakar dan meletup umpama supernova!

Tengku Nasha menyorot langkah Tengku Nazmi. Hatinya digumam geram yang teramat sangat. Tengku Nazmi sebagai anaknya langsung tidak mahu menyokong dirinya.

“Do not be selfish, Fahmi!”


Caldera sport milik Tengku Nazmi memasuki halaman rumah Mak Long Jemah. Bukan main lagi mencuri perhatian beberapa penduduk kampung yang melihatnya. Hairan juga kerana didatangi tetamu kacak dan bergaya itu.

Tengku Nazmi keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah rumah tersebut. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Dia dapat mencari alamat itu pun melalui sahabat Aai, si Yana. Dia benar-benar rindu akan celoteh gadis genit itu.

“Assalamualaikum,” sapa Tengku Nazmi. Dia ternampak akan kehadiran seorang wanita separuh usia menghampirinya. Dia yakin jika wanita itu Mak Long Jemah!

“Waalaikumsalam. Cari siapa?” tanya Mak Long.

“Maaf mengganggu. Saya cari Natasha,”

Mak Long cuba mengecam wajah pemuda di hadapannya tetapi figura itu sungguh asing. Dia tidak pernah kenal mana-mana kawan Aai yang berwajah seperti pemuda itu. Barang kali temannya di Kuala Lumpur. Duga Mak Long.

Belum sempat Mak Long memberitahu keberadaan Aai, dia pula disapa oleh Mak Imah. Mak Imah kelihatan riang sekali hari itu. Mak long sudah berkerut dahi. “ Kamu ni dah kenapa?”

“Jemah, si Fahmi dah nak balik sini.”

“Baguslah. Tak adalah kamu bosan nanti,” ujar Mak Long.

Mak Imah baru perasan akan kehadiran jejaka tampan berkemeja jalur-jalur dhadapannya.

“Siapa ni Jemah? Kamu tak cakap dah ada pengganti baru.”

Membutang mata Mak Long. Mak Imah ini sudah gila agaknya! Wanita seusianya terkejar-kejarkan anak ikan? Dia lebih rela menjanda seumur hidup. Satu cubitan singgah di bahu Mak Imah.

“Sakitlah,” Mak Imah mengusap bahunya yang masih sakit umpama digigit semut api.

Tengku Nazmi tergelak keccil melihat kerenah mereka. Patutlah si Aai tidak lekang dengan gelak tawa walaupun sedikit serius. Dia sentiasa dikelilingi oleh insan yang sentiasa membahagiakannya.

“Saya Tengku Nazmi. Majikan Natasha. Dia ada?”

“Dia tak ada. Katanya keluar dengan Sara. Tapi tak tahu ke mana. Ada apa-apa yang Encik Tengku nak Mak Long pesankan?” tanya Mak Long. Mulai ramah.

“Tak apalah. Saya cuma nak tanya khabar saja,” jawab Tengku Nazmi.

Mak Imah mengesyaki sesuatu yang disembunyikan oleh Tengku Nazmi.

“Kamu ni ada apa-apa,ke dengan anak saudara Jemah?” tanya Mak Imah.

Tengku Nazmi tersenyum nipis. Alangkah bagusnya kalau Aai menganggapnya lebih daripada teman biasa tetapi sampai sekarang, dia masih tidak menerima kata putus Aai.

“Untungnya kau, Jemah. Anak buah kau punya pilihan memang terbaiklah. Dahlah handsome, baik pula tu.” puji Mak Imah.


“Imah, kamu lebih baik balik rumah siapkan makanan untuk anak kesayangan kamu tu. Makin lama kamu dekat sini, makin merepek saja,”

“Ya, lah. Saya balik dulu. Nanti kirim salam pada Aai.” pesan Mak Imah sebelum angkat kaki. Mak Long sekadar menggelengkan kepala. Hendak di marah sayang! Kawan dia juga.

Tengku Nazmi segera meminta diri.

“Nampaknya saya kena pergi dulu. Jangan lupa beritahu Aai yang saya datang cari dia. Minta maaf ganggu waktu Mak Long,”

“Tak apa. Hati-hati jalan.”

Sepanjang perjalanan, Tengku Nazmi masih memikirkan Aai. Mengapalah gadis itu semakin menjauhkan diri daripadanya? Dia salah apa?

BAB 19

Syafiq sudah menjengah- jengah kepala keluar dari kereta. Dia begitu teruja dapat pulang ke kampung halaman setelah beberapa tahun berada di perantauan. Walaupun dikelilingi panorama alam, jauh berbeza dengan negeri sendiri. Apa yang pasti Malaysia is the best!

“Woi, kalau kau rasa nak kepala hilang cepat, buatlah macam tu. Nanti terlanggar tiang, aku confirm arwah kau nanti,” marah Fahmi.

“Amboi, doakan orang mati pula!” omel Syafiq. Dia masuk kembali kepalanya ke dalam kereta.

“Mengumpatlah tu,”

“Tak adalah. Aku baca mantera supaya mulut kau tak berbunyi terus,”

Sentap! Fahmi sengaja buat tidak endah sahaja. Tangannya memusingkan stereng kereta ke simpang kanan. Kampung mereka berada di simpang kanan jika memandu dari Kuala Lumpur. Disebabkan mereka menggunakan lebuh raya jarak yang jauh ibarat mengambil masa sekelip mata. Sedar-sedar merek sudah berada di hadapan sekolah menengah mereka dahulu.

Sekolah yang menyimpan seribu satu kenangan. Dari hari pertama orientasi hinggalah tamat Tingkatan Lima. Tiada hari tidak diusik dan diselitkan kisah suka duka bergelar pelajar.

“Fahmi, aku rindu Cikgu Sham,lah”

“Kau dah kenapa? Cikgu burung hantu tu juga yang kau rindu,”

“Serius ni. Walaupun Cikgu Sham tu garang, hakikatnya penangan rotan buluh bentung dia tu, kita ni terpaksa minat nak teroka bidang-bidang macam ni.” jujur Syafiq. Tulus dari lubuk hatinya.

Fahmi tergelak kecil. Huih, mengingatkan rotan Cikgu Sham, membuatnya seram sejuk juga. Apa-apa kes yang melibatkan Fahmi dan Syafiq, ada sahaja yang sampai kepada cikgu itu.

“Fahmi, aku tetiba teringat incident menggelapkan satu sekolah dulu,” ujar Syafiq. Dia mengukir senyuman menduga hati lelaki itu.

“Itik tu?”

Fahmi tergelak sendiri. Dia sendii tidak tahu bagaimana dia boleh merancang kejadian seperti itu. Apa yang pasti, dia digantung sekolah selama seminggu. Arwah ayahnya yang bersusah payah memohon agar diringankan hukumannya. Hish, Fahmi ni!

Gara-gara sakit hati, dia nekad menyembunyikan basikal merah jambu milik Aai di bawah jambatan. Baru puas hatinya. Entah, dia senang melihat gadis itu cemberut.

“Tak payah nak termenung jauh. Kejap lagi terbabas pula,” pesan Syafiq. Kali ini dengan nada tegas.

“Okay, boss.”

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Mak Imah, Syafiq bukan main laju meluru keluar dari kereta. Dia sudah tidak sabar hendak memanjat pokok rambutan yang rendang itu. Tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain.

“Syafiq, nanti bawa masuk beg tu!”

“Bukan kau nak masuk rumah ke? Bawalah sekali,”

“Ini arahan!” tegas Fahmi.

“Memang tak pernah berubah perangai dia ni. Dasar Mr Snobbish,” desis hati Syafiq.

“Aku dengarlah,” jerit Fahmi dari dalam rumah.

Syafiq sudah mengekek-ngekek di atas pokok.  “Tak boleh mengumpat langsung,”


Mak Long menyuakan sebuah bekas kuih kepada Aai. Dia tahu benar si Aai sedang tiada mood. Semuanya disebabkan Tengku Nazmi.

“Aai jangan macam ni. Yang penting pada Mak Long, kamu tak ada apa-apa dengan dia,” pujuk Mak Long. Dia mengusap-usap kepala Aai.

“Biasalah orang kalau dah syok sendiri,”

“Ni nak hantar ke mana?” Aai pandai mengalih topik perbualan mereka. Jika berterusan mengenangkan jejaka yang menjerut jiwanya itu, tidak jadilah semua kerjanya nanti.

“Hantar ke rumah Mak Imah. Fahmi yang teringin makan kuih Mak Long buat,”

Fahmi? Dia tidak salah dengar, ke? Sejujurnya, dia begitu berdebar-debar saat itu. Walhal baru mendengar nama sahaja, belum bertemu tuan punya badan.

“Boleh ke tidak, ni?”

“Kalau Aai cakap tak boleh pun, kena pergi juga, kan?” ujarnya. Dia segera bangun dan menuruni anak tangga. Almeranya sudah dibuka dan kini dia berada di dalam perut kereta itu.

Dia masih mengenangkan betapa kasarnya Fahmi ketika berada di Petronas dahulu. Dia mula tidak senang duduk. Takut juga jika dirinya diserang oleh lelaki itu lagi.

Keretanya dipandu perlahan apabila melihat Sara sedang berlari-lari anak di hadapannya. Jendela kereta diturunkannya.
“Sara, kau buat apa lari waktu ni? Kau tak jaga butik ke?” aju Aai.

“Hari ni hari minggu Cik Aai. Sebab tu aku jogging. Spend time,”

Ya Allah, bagaimana dia boleh terlupa akan hari minggu. Patutlah, Sara tidak berada di butik. Soalan sungguh di luar kotak pula dia berikan pada Sara.

“Nak ke mana ni?” tanya Sara sambil mengesat peluh yang mula membasahi dirinya.

‘‘Jalan-jalan. Ni, tolong hantar dekat rumah Mak Imah,” Aai menghulurkan bungkusan kuih kepada Sara.

Sara menyambutnya dengan penuh tidak ikhlas. Apalah salahnya kalau Aai hantar terus? Nasib baiklah, Aai ni kawan dia.

“Tak payah buat muka macam tu. Nanti kirim pada Mak Imah. Okay, bye.”

“Aai ni selalu buat benda bukan-bukan,” omel Sara,

Setibanya di hadapan rumah Mak Imah, Sara mendapati tiada siapa ketika itu. Dia sempat menjengah-jengah rumah Mak Imah untuk memastikan keberadaan Mak Imah. Manalah tahu ada.

“Cari siapa?” sapa suara dari arah belakang.

Sara yang cepat cemas itu terkejut bukan kepalang. Dia hampir saja gugur jantung disapa secara mengejut. Lantas, dia hilang pertimbangan dan jatuh ke tanah.

“Eh, cik tak apa-apa, ke?” Syafiq menghampirinya. Risau.

“Hish! Bagilah salam dulu,” marah Sara. Dan saat itu, mata kedua-dua insan itu sudah saling bertaut. Terkedu!

Sara cepat-cepat bangkit apabila sedar diperhatikan begitu lama. Syafiq pula yang malu. Merona semacam saja mukanya. Sumpah, dia sudah benar-benar jatuh hati pada gadis berkaca mata itu.

“Sorry,” ujar masing-masing serentak. Malu-malu kucing pula.

“Fahmi, ke? Tanya Sara.

“Bukan. Saya kawan dia. Kalau nak jumpa Fahmi, dia tak ada. Pergi pekan dengan Mak Imah.” jelas Syafiq.

Sara mengiyakan sahaja. Lalu bungkusan kuih itu dihulurkan kepada Syafiq. “Ini Aai bagi pada Mak Imah. Dia kirim salam sekali,”

“Awak tak nak kirim salam sekali?”

“Untuk siapa pula?”

“Saya.” usik Syafiq.

Syafiq mengulum senyum sendiri apabila Sara tersipu-sipu. Gelengan Sara menambahkan lagi debaran di dada. Lucu juga insan di hadapannya itu.

“Saya Syafiq.”

Bukan main mesra Syafiq memperkenalkan dirinya. Hakikinya, dia memang bermulut manis.

“Siti Sarah.”

“Sara yang pernah hantar surat cinta pada saya, ke?”

“Tu zaman tak matang dulu. Saya akan ingat sampai matilah, yang awak pernah baling tepung sebab tak nak terima surat tu. Bagus juga sebab awak masih ingat,”

Syafiq menyeringai. Alamak, rupanya itu ialah Sara yang pernah memberikannya surat yang berisi bedak wangi dulu. Tetapi malangnya, dia membalasnya dengan tepung. Siapa yang mahu perempuan comot macam tu? Sudahnya, sekarang ini Sara semakin lawa. Ruginya!

“Dahlah. Saya kena pergi dulu ni. Jangan lupa beri pada Mak Imah.”

Syafiq tersengih sendiri. Meskipun Sara sudah lama meninggalkan rumah itu, dia masih berada di situ.

Siti Sarah.. Masih terngiang-ngiang suara lembut milik Sara. Sejuk hatinya apabila mendengarnya.

Amboi, kalau hati sudah jatuh cinta. Syafiq yang power soal hati pun boleh cair dan tidak keruan. Mungkin benar kata orang tua-tua, mula-mula benci, lama-lama suka.
“Syafiq, esok kita pergi memancing nak?” tanya Fahmi. Lama menanti jawapan daripada Syafiq. Namun, satu balasan jawapan tidak diterimanya.

Dia terus sahaja berpaling ke arah Syafiq. Nah, satu bunyi yang hebat kedengaran apabila Fahmi menolak kepala Syafiq ke dinding.

Syafiq mengaduh kesakitan.

“Aku punya sakit hati ni, kau tak kira pula!”

“Sini, aku check,” usik Syafiq.

Syafiq berpura-pura seperti doktor di hospital untuk memeriksa pesakit. Perangainya itu boleh menyebabkan meletus gelak tawa besar si Fahmi. Lelah juga melayan kerenah Syafiq ini.

Fahmi segera merangkul bahu Syafiq. Dia begitu sayang akan sahabatnya itu walaupun gurauannya tidak kira tempat.

“Kau berangankan anak dara mana tadi?”

“Mana ada,”

“Baik kau cakap, sebelum…” ugut Fahmi.

“Aai,”

Sepantas kilat tangan Fahmi menolak Syafiq ke bawah. Terjelepok ke lantai Syafiq dibuatnya. Entah, dia tidak dapat mengawal dirinya.

“Aku malaslah nak cakap dengan kau.” marah Syafiq. Dia bingkas bangkit dan berlalu dari situ. Tangannya masih mengusap-usap punggung yang masih sakit terhentak tadi.

Fahmi sekadar mengulum senyuman. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Cuba menenangkan dirinya yang semakin aneh belakangan ini.

“Agaknya pengaruh Aai yang negatif,”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAKU BERNAFAS BAB 1-12

SELAMAKU BERNAFAS Selagi jantungku berdetak di dalam tubuhku, akukan menjaga cintamu di dalam hatiku.. Selama bintang selalu ada di malam-malammu, akukan menjadi cahaya di dalam gelapmu… -SAYANG SHUHAINI - Prolog Riuh-rendah suasana sekolah menengah itu. Hari ini merupakan hari pengumuman keputusan SPM. Dari awal pagi sudah ada ibu bapa yang beria-ria tunggu bersama anak masing-masing. “Aku mesti dapat naik pentas nanti,” “Yana, kau tak payah nak perasanlah,” ujar Aai. Dia malas hendak melayan si Yana yang asyik membangga diri itu. Dia melemparkan pandangan jauh ke arah kantin. Memerhatikan gelagat pelajar-pelajar yang sedang sibuk membeli makanan, berbual-bual dan ada juga yang berkejaran ke sana ke mari. Ada riak kesal dihatinya. Yana menarik tangan Aai. Sengaja mendapatkan perhatian gadis berkaca mata besar itu. “Apa dia?” marah Aai. Hilang semua angan-angan yang cuba dilakar tadi. “Kau tengok Fahmi tu. Asyik berkepit dengan budak-budak gedik itu,” ...

SELAMAKU BERNAFAS BAB 32-38

BAB 32 Siaran televisyen pada malam itu benar-benar tidak menarik perhatian Fahmi. Penat satu, satu siaran dialih. Hakikatnya, hati empunya badan enath belayar ke mana. Dia begitu sakit hati dengan peristiwa di Angel’s Boutique. Aai dan Zarith? Masih terngiang-ngiang lagi bicara Aai di telinganya. Kemesraan mereka jelas membakar hatinya. Syafiq melewati Fahmi. Timbul rasa kasihan dalam dirinya. Sahabat sendiri dirundung masalah cinta. Soal hati, bagaimana ingin dibantu? “Fahmi, kau tak nak dinner?” soal Syafiq. “Kau pergilah. Aku tak ada mood.” “Yalah, aku pergi dulu.” Sambil menghela nafas pendek, dia terus melangkah keluar dari apartment itu. Syafiq mula perasan yang persahabatan mereka mulai dingin. Fahmi menyepi, dia pula terpaksa membawa diri. … Tengku Nazmi begitu riang mengusik Eisya. Benarlah kata Aai, mengikuti kata ibu akan membahagiakan dirinya. Rupanya Eisya bukanlah seteruk sangkaannya. “So, you nak pergi mana lepas ni?” “Lunch,” ...

SELAMAKU BERNAFAS BAB 39-46

BAB 39 Sayang, kenapa tak angkat call Busy You bukannya dekat Sarawak. Kenapa ni? You cintakan I tak? Aai diam. Tidak tahu hendak dibalas apa. Saat hati sedang berduka, mengapa soalan seperti ini perlu diajukan. I tak sengaja terdengar perbualan you dengan Uncle. Tapi, I rasa we should think about this marriage again. What are you trying to talk? Mungkin kita berdua perlukan masa. Atau mungkin kita berdua memang tiada jodoh. Saya lepaskan awak Natasha.. Awak cintakan dia Tergamam Aai. Berita apakah yang baru sampai ke pengetahuannya. Zarith memutuskan pertunangan mereka yang sudah lama diikat? Hatinya begitu kecewa! Sampai hati Zarith. … Aai makin dihimpit perasaan. Marah. Sedih. Kecewa. Benci. Semua bercampur-baur sekarang ini! “Kau ni memang tak guna, kan?” soalnya. “Aku dah kecewakan Fahmi. Daddy pula tipu kau hidup-hidup. Now, Zarith putuskan pertunangan kau sendiri?” “Maafkan Aai. Aai tak layak untuk ada di dunia ni,” Entah apa ...